SEBELUM ini pelantikan bintang popular China, Fan Bingbing sebagai Duta Pelancongan Persahabatan Melaka 2024 mencetuskan perdebatan.
Ini kerana, ada netizen berpendapat kerajaan negeri wajar mengutamakan artis Tionghua tempatan untuk menggalas tanggungjawab tersebut, apatah lagi sebelum ini Fan Bingbing pernah terpalit skandal cukai.
Namun, senario itu terhakis apabila dia berada di Melaka pada 14 hingga 16 Jun lalu. Bukan hanya mempromosikan keindahan Melaka di negaranya, bahkan Fan Bingbing tampil cantik menggayakan kebaya nyonya yang menjadi kebanggaan masyarakat tempatan.
Personaliti popular berusia 42 tahun itu bertambah manis memakai kebaya warna merah jambu pastel diacu kain batik rona biru bermotif bunga.
Banyak gambar menarik di sekitar kawasan tumpuan ramai menjadi latar fotonya yang kemudian dikongsikan dalam laman sosial, sekali gus menuai pujian menjadikan dirinya semakin diminati dan digilai ramai. Orang cantik, pakai apa pun tetap cantiklah!
MIZZ LAHAR: Terdengar perbualan seorang stylist, ada artis perap baju dia lama-lama.