fbpx

Jumlah pelaburan Blackrock antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jumlah pelaburan BlackRock atau syarikat yang berkaitan dengannya di Malaysia antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, perkara itu dibangkitkan oleh Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

Beliau meminta perincian dalam negeri mana dan apakah impak kepada ekonomi negara sekiranya semua pelaburan BlackRock berpuluh-puluh tahun kebelakangan ini digugurkan.

Selain itu, antara yang menjadi tumpuan lain adalah pertanyaan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-PAGOH) terhadap Perdana Menteri mengenai status dan perkembangan terkini penubuhan Jawatankuasa Khas Teknikal dan Dokumentasi Undang-undang untuk mengkaji kes Nik Elin serta Jawatankuasa berhubung mengkaji isu kalimah Allah.

Pada sesi yang sama, Nordin Ahmad Ismail (PN-LUMUT) meminta Menteri Komunikasi menyatakan tindakan yang diambil dengan
tersiarnya video dan gambar lucah di dalam platform media sosial seperti Facebook dan Telegram yang kebanyakannya untuk mempromosikan produk berkaitan seks dan ubat kuat seks.

Dalam pada itu, Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA-Ayer Hitam) meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan status terkini pelaksanaan program Malaysia My Second Home (MM2H).

Beliau juga bertanyakan sejauh manakah perubahan kriteria atau syarat kelayakan dalam pakej terbaru program MM2H berjaya meningkatkan pendapatan dan memberi faedah ekonomi kepada negara.

Sementara itu, Datuk Muslimin Yahaya (Bersatu-Sungai Besar) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah langkah dan tindakan yang diambil oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam menangani dan mendepani kenaikan kos sara hidup rakyat.

Beliau juga bertanya tentang pemberian subsidi bersasar, ketirisan subsidi Kerajaan dan kenaikan harga barangan yang membebankan dan senaraikan inisiatif yang telah dijalankan sehingga kini.

Sesudah sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024.

Turut tersenarai dalam aturan mesyuarat hari ini ialah bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 serta penyambungan semula perbahasan bagi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024.

Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI