fbpx

Judo sumbang dua lagi emas AUG 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN sulung pada AUG bawa tuah buat Afiq apabila berjaya menyumbang pingat emas buat kontinjen negara. - AUG/IPT

SURABAYA – Skuad judo negara terus menampilkan aksi cemerlang pada Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 di Surabaya-Malang, Indonesia apabila menambah dua lagi pingat emas buat kontinjen Malaysia hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Airlangga sebentar tadi, Afiq Danish Zapri menghadirkan emas dalam kategori bawah 90 kilogram (-90kg) manakala satu lagi pingat disumbang Amir Daniel Abdul Majeed (-81kg).

Lebih manis, kemenangan yang diraih cukup bermakna buat Afiq memandangkan atlet kelahiran Bachok, Kelantan itu baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-21 semalam.

Dia yang juga pelajar jurusan Pengurusan Maritim di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memastikan kemenangan dalam kategori itu selepas menewaskan atlet tuan rumah, Mayza Tyas Nugraha.

“Saya rasa sangat teruja kerana tidak sangka dapat memenangi pingat emas tetapi Alhamdulillah berjaya melakukannya. Ketika melangkah masuk ke gelanggang, agak gementar tetapi dapat kawal dan menang.

“Semalam adalah hari lahir saya, jadi ini (emas) adalah hadiah yang sangat bermakna dalam hidup saya kerana dapat memenangi pingat emas di pentas AUG,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Kemudian, giliran Amir mengikut jejak langkah Afiq apabila turut menyumbang emas selepas menang mudah ke atas seorang lagi atlet Indonesia, Yuta Gladius Taslim menerusi keputusan ippon.

Sementara itu, Tan Yi Ting yang beraksi dalam kategori -73kg lelaki sekadar memenangi pingat gangsa apabila tewas dalam kedua-dua pertarungan round robin kepada Chandra Kurnia Rettob (Indonesia) dan Melvin Loo (Singapura).

Terdahulu, pada hari pertama saingan yang berlangsung kelmarin, judo turut menyumbang satu pingat emas menerusi Nur Farah Izzati Wallah selepas memperoleh kemenangan ke atas petarung tuan rumah, Maryam March Maharani dalam kategori -52kg. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI