fbpx

Jualan durian RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIDI Bundan (tengah) menunjukkan buah durian yang disajikan pada Majlis Pelancaran Pakej Agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 di Broga Orchard Hill, Lenggeng, Seremban hari ini. NUR SHARIEZA ISMAIL/ KOSMO!

SEREMBAN – Tourism Malaysia menyasarkan nilai jualan bagi Pakej Agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 melebihi RM2 juta pada tahun ini berbanding RM1.6 juta nilai jualan yang berjaya direkodkan pada tahun lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Saidi Bundan berkata, sasaran nilai jualan berkenaan ditetapkan mengambil kira kepada prestasi jualan dan sambutan diterima yang cukup memberangsangkan.

“Nilai jualan pakej Durian Tourism bagi kempen yang berlangsung pada tahun 2022 berjaya merekodkan sebanyak RM107,000 dan terus melonjak kepada RM1.6 juta pada tahun 2023.

“Oleh itu kami jangkakan sasaran nilai jualan akan lebih melonjak lagi daripada tahun sebelumnya.

“Ia ditambah dengan destinasi-destinasi percutian yang ditawarkan dalam Pakej Durian Tourism 2024/2025 kali ini yang akan diperluaskan kepada 12 negeri berbanding hanya tujuh negeri pada 2023 dan tiga negeri pada 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pakej Agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 di Broga Orchard Hill, Lenggeng di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI