fbpx

Jual tambah nilai judi online, penduduk lapor SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putra Ramadan (tengah) bercakap kepada pemberita ketika hadir ke SPRM berhubung dakwaan lebih 40 premis judi dalam talian beroperasi secara aktif di beberapa daerah di Kelantan. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Beberapa wakil penduduk tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, selepas mendakwa premis aksesori telefon yang menjual tambah nilai judi online membabitkan beberapa buah daerah di Kelantan masih beroperasi seperti biasa.

Wakil penduduk, Putra Ramadan Jendaita berkata, aduan itu bertujuan untuk memohon SPRM agar menjalankan siasatan susulan daripada laporan polis yang telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 23 Jun lalu.

“Saya ditemani beberapa rakan hadir untuk membuat laporan kepada SPRM bagi memohon siasatan dijalankan berhubung isu ini, kami menjadi wakil kepada penduduk di daerah berkenaan yang tidak dapat bersama-sama pada hari ini.

“Kami merasa tidak berpuas hati kerana selepas laporan polis dibuat, didapati premis-premis berkenaan masih lagi menjalankan operasi seperti biasa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Media pada 23 Jun lalu melaporkan, sekumpulan penduduk membuat laporan polis selepas mendakwa terdapat lebih 40 premis aksesori telefon di negeri ini menjual tambah nilai judi online sejak enam tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI