fbpx

Impian FAM makin hampir direalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN (kiri) menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menurunkan tandatangan pada Majlis Pecah Tanah NTC Fasa 1 di Putrajaya semalam. - FAISOL MUSTAFA

PENANTIAN lebih 15 tahun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membina Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) yang baharu semakin hampir selepas selesai majlis pecah tanah di Presint 5, Putrajaya semalam.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengakui projek NTC ini merupakan manifestasi cetusan ilham Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku bekas presiden badan induk itu dari 1984 hingga 2014.

“Bagi FAM, kami bersyukur selepas selesai majlis ini kerana perjalanan yang diharungi cukup panjang.

“Kalau boleh saya katakan kita sudah merancang hampir 10 ke 15 tahun yang lepas sejak zaman Almarhum (Sultan Haji Ahmad Shah) lagi.

“Ketika itu baginda berhasrat mewujudkan sebuah pusat pentadbiran bersepadu yang menempatkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan juga FAM dalam usaha mewujudkan hab bola sepak di rantau Asia,” katanya pada sidang media semalam.

Sementara itu, Hamidin tidak menolak kemungkinan beberapa NTC tambahan akan dibina sekitar Malaysia selepas projek rintis di Putrajaya dijangka selesai pada 2027.

“Kalau NTC di Putrajaya ini sudah siap, mungkin kita boleh fikirkan untuk bina NTC di lokasi lain seperti di wilayah Utara atau Pantai Timur.

“Apa yang penting, kita tunggu projek di sini siap dulu dijangka pada awal 2027 nanti,” katanya.

Projek NTC yang dibina kali ini terbahagi kepada dua fasa dengan fasa pertama dibiayai oleh FIFA sekitar RM24 juta, manakala pihak kerajaan menyumbangkan dana sebanyak RM45 juta bagi fasa kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI