fbpx

Hujan di Kedah, Pulau Pinang dan Pahang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di lima negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga tengah hari nanti.

Katanya, hujan lebat tertumpu di beberapa kawasan melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Pahang serta kawasan pantai di Perak.

“Selain itu, Tawau dan Sandakan di Sabah serta Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak,” ujarnya.

Sementara itu, MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda hampir seluruh negara pada petang ini.

“Ia melibatkan beberapa kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk kawasan pedalaman di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Cuaca buruk turut dijangka melanda Sabah membabitkan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan Labuan sementara di Sarawak melibatkan Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI