fbpx

Hormati keputusan jabatan agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NA'IM menggesa orang ramai agar akur dan menghormati keputusan JAIS bagi menangguhkan ke­terlibatan Ustaz Don Daniyal bagi mana-mana program ceramah di Selangor.

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta untuk akur dan menghormati keputusan diputuskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menangguhkan ke­terlibatan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bagi mana-mana program ceramah di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, keputusan diambil JAIS terhadap Ustaz Don diputuskan selepas mengambil kira pelbagai aspek yang komprehensif.

“Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pula, untuk program-program di pe­ringkat agensi hal ehwal Islam, para asatizah dan pendakwah yang diundang adalah mengikut bidang kepakaran.

“Sudah tentu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengutamakan para pendakwah yang tidak terlibat dalam sebarang kontroversi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan diambil JAIS terhadap Ustaz Don Daniyal selepas dikatakan melanggar beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Ujar Mohd. Na’im, pihaknya juga akan memaksimumkan pe­ranan pasukan Du’at Al-Falah yang ditubuhkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai jurubicara dakwah di lapangan.

Jelasnya, peranan pasukan itu dilihat mustahak dalam usaha memberi pengisian ilmu yang berkualiti kepada masyarakat agar dapat dihayati dalam kehidupan.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memanggil Ustaz Don Daniyal bagi mengadakan perbincangan serta mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi yang melanda pendakwah terkenal itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI