fbpx

Hilang minat, faktor keluarga punca 72 peratus guru bersara awal – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 72.36 peratus daripada 4,300 hingga 6,300 guru yang memilih untuk bersara awal bagi sejak tiga tahun lalu adalah berpunca daripada hilang minat dan bebas tugas yang banyak.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata menurut rekod kementeriannya, selain punca utama berkenaan, faktor keluarga juga dikenal pasti sebagai punca lain dengan membabitkan 15.21 peratus daripada jumlah guru yang memilih untuk bersara awal.

“Seterusnya, faktor kesihatan mewakili 6.96 peratus guru memilih bersara awal, diikuti beban tugas (3.82 peratus) dan masalah peribadi (1.64 peratus),” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai bilangan guru bersara pilihan serta punca persaraan mereka.

Mengulas mengenai urusan pengambilan guru baharu, Fadhlina berkata, ia dibuat berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen subjek yang diperlukan Kementerian Pendidikan (KPM).

Katanya yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, KPM sentiasa memastikan keperluan guru mengikut opsyen subjek mencukupi bagi memastikan setiap murid dapat menjalani proses pembelajaran optimum.

“Seramai 20,171 guru baharu dilantik secara tetap dan ‘Contract of Service’ (CoS) tahun lalu, dan ini adalah pelantikan tertinggi pernah dicapai KPM yang dilaksanakan dalam tempoh setahun.

“Urusan pengambilan guru baharu tahun ini, sudah bermula dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sudah mengeluarkan iklan mengenainya pada 1 hingga 26 April lalu.

“SPP sedang melaksanakan tapisan ke atas permohonan yang diterima dan urusan temu duga dijangka bermula pada pertengahan Julai ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI