fbpx

Fahmi minta RTM bantu Rocky Din rakam semula lagu Marilah Mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika bertemu Rocky Din baru-baru ini.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghubungi penyanyi era 60-an, Rocky Din bagi membantu merealisasikan hasratnya untuk merakam semula lagu Marilah Mengundi.

Fahmi dalam satu hantaran di laman X memaklumkan, beliau berkesempatan bertemu dengan penyanyi tersebut yang kini berusia 75 tahun.

“Marilah mari… Pergi mengundi… Jangan lupa kewajipan pada negara. Bait-bait lirik lagu ikonik ketika musim pilihan raya ‘Marilah Mengundi’.

“Marilah Mengundi mula diputarkan pada 1978, dan sejak itu lagu tersebut terus didendangkan setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Rocky Din atau nama sebenarnya Mohd Hashim Sharif meluahkan perasaan gembira dan terharu, apabila lagu ikoniknya terutama ketika musim pilihan raya ‘Marilah Mengundi’, bakal dirakam semula, untuk diberikan nafas baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI