fbpx

Euro 2024: Southgate dikeji peminat England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOUTHGATE (kiri) dicemuh para penyokong sendiri yang tidak berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan England. - AFP

COLOGNE – Pengurus England, Gareth Southgate diejek dan dilemparkan cawan bir oleh para penyokong sendiri biarpun pasukannya mengungguli Kumpulan C ketika Slovenia turut mara ke peringkat kalah mati Euro 2024 selepas melakar keputusan seri 0-0 awal pagi semalam.

The Three Lions mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir tetapi mereka dijangka terus dikritik selepas gagal memperbaiki prestasi hambar ketika mengatasi Serbia dan seri dengan Denmark.

“Saya faham mereka tidak berpuas hati dengan saya dan itulah realitinya. Saya tidak akan berundur. Saya perlukan mereka di belakang pasukan.

“Saya tidak akan mengelak daripada mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang memberi sokongan, tetapi saya tahu kerana ini akan menimbulkan isu kepada kumpulan itu,” kata Southgate mengenai reaksi penyokong.

England perlu menunggu sehingga perlawanan terakhir semua peringkat kumpulan untuk mengetahui lawan mereka daripada salah satu empat pasukan terbaik tempat ketiga di pusingan 16 nanti.

Namun, persoalan kini lebih terarah kepada keupayaan pasukan pilihan itu untuk menamatkan penantian 58 tahun merangkul kejuaraan di kejohanan utama apabila barisan emas mereka diikat tanpa jaringan oleh Slovenia.

Bagaimanapun, Southgate merasakan banyak perkara positif yang boleh dinilai kerana England berjaya bergelar juara kumpulan selain prestasi dipamerkan oleh pemain-pemain simpanan seperti Kobbie Mainoo dan Cole Palmer sangat positif.

“Saya juga bangga melihat pemain-pemain muda pasukan seperti Mainoo dan Palmer yang menggunakan peluang diberikan sebaik mungkin. Saya harap mereka dapat terus memberi impak pada aksi akan datang,” katanya.

Sementara itu, pertahanan England, John Stones turut mempertahankan taktikal pengusnya, Gareth Southgate yang masih boleh dibanggakan kerana berjaya membantu pasukan muncul juara kumpulan selain merekodkan dua aksi tanpa bolos ketika ini.

“Kami berusaha untuk melakar kemenangan pada aksi terakhir ini tetapi tidak berjaya. Saya rasa semua pihak perlu kekal positif kerana objektif pasukan pada peringkat awal untuk menjadi juara kumpulan sudah pun tercapai,” katanya.

Southgate sebelum ini membuat kenyataan mahu membuat rombakan besar-besaran dalam kesebelasan utama, namun beliau hanya membawa masuk Conor Gallagher menggantikan Trent Alexander-Arnold yang mana ia satu-satunya perubahan daripada tiga perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI