fbpx

Euro 2024: Perancis tak panik prestasi semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (tengah) berjaya menyempurnakan sepakan penalti buat Perancis ketika seri 1-1 dengan Poland awal pagi semalam. - AFP

BERLIN – Cabaran perjalanan pasukan Perancis baru bermula, demikian tegas pengendali skuad Les Bleus, Didier Deschamps selepas mereka muncul naib juara Kumpulan D sejurus terikat 1-1 dengan Poland awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Deschamps menuntut barisan pemainnya mempersembahkan aksi yang lebih kompetitif sejurus melangkah ke pusingan 16 terbaik Kejohanan Euro 2024.

Perancis mempunyai misi besar pada kempen kali ini terutama mengembalikan era kemenangan 24 tahun lalu selepas kali terakhir menjuarai saingan berprestij benua Eropah itu pada 2000.

“Kami sudah berjaya mencapai objektif pertama kami terutamanya melepasi peringkat kumpulan.

“Walaupun kami tidak menamatkan aksi di tangga pertama di mana ia sasaran awal pasukan, tetapi kami tetap berjaya melangkah ke peringkat berikutnya.

“Bagi saya, perjalanan kami baharu sahaja bermula dan kami perlu tampil lebih baik lagi selepas ini,” kata Deschamps.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama sebelum gol yang dicari terhasil pada babak kedua selepas Perancis dihadiahkan sepakan penalti apabila Ousmane Dembele dijatuhkan pertahanan Poland.

Kylian Mbappe yang bakal menyertai Real Madrid musim depan tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Perancis 1-0 di depan pada minit 56.

Kelebihan itu kemudiannya dipadam penyerang berpengalaman Poland, Robert Lewandowski apabila memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-79 yang gagal ditepis Mike Maignan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI