fbpx

Euro 2024: Georgia cipta sensasi luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Georgia, Khvicha Kvaratskhelia (kiri) meraikan jaringan pertama pasukannya pada aksi menentang Portugal, sebentar tadi. - AFP

GELSENKIRCHEN – Saingan Euro 2024 menghadirkan sejarah baharu buat bola sepak Georgia apabila layak ke pusingan kalah mati pada penampilan pertamanya di pentas kejohanan terbesar Eropah itu.

Kejayaan mara ke pusingan 16 terbaik itu hadir selepas skuad kendalian Willy Sagnol cipta kejutan dengan menewaskan Portugal 2-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan F, sebentar tadi.

Status Portugal selaku bekas juara pada edisi 2016 langsung tidak menghadirkan gerun buat Georgia yang mencipta kejutan apabila terlebih dulu berada di depan menerusi ledakan Khvicha Kvaratskhelia, seawal minit kedua.

Walaupun menguasai lebih 70 peratus permainan, Portugal harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal melakukan penyudah lebih baik daripada deretan peluang terhidang.

Tampil dengan pendekatan serangan balas, Georgia yang turut memiliki beberapa lagi peluang seakan lebih selesa kekal berdisiplin untuk bermain secara bertahan.

Kekasaran yang dilakuan Antonio Silva mengundang padah buat Portugal apabila Georgia dihadiahkan sepakan penalti dan peluang keemasan pada minit ke-57 itu tenang disempurnakan oleh Georges Mikautadze.

Menyedari keputusan perlawanan ini tidak akan menjejaskan peluang Portugal, pengendalinya, Roberto Martinez segera ambil keputusan drastik dengan mengeluarkan kapten pasukan, Cristiano Ronaldo bagi mengelak sebarang risiko kecederaan.

PEMAIN Turkiye meraikan kejayaan layak ke pusingan 16 terbaik selepas tewaskan Republik Czech 2-1. – AFP

Dalam satu lagi aksi Kumpulan F di Hamburg, Republik Czech yang terpaksa bermain 10 orang dalam tempoh 70 minit terpaksa akur tewas 1-2 kepada Turkiye.

Kemenangan itu mengesahkan tempat buat Turkiye ke pusingan seterusnya selaku naib juara Kumpulan F. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI