fbpx

Dua individu dalam pesawat Piper dilaporkan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pesawat di lokasi kejadian. pix Ihsan Bomba.

KLANG – Dua individu yang berada dalam pesawat ringan Piper PA-28-161 dilaporkan selamat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kedua-dua mereka berusia 22 dan 57 tahun juga dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

“Dua individu tersebut (dalam pesawat) selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Kejadian tersebut akan disiasat Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU). – 27 Jun, 2024,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, sebuah pesawat ringan Piper PA-28-161 dengan pendaftaran 9M-ANA dikendalikan oleh Kelab Penerbangan Subang dilaporkan melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang di Pelabuhan Klang hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud menyatakan, pesawat dinaiki dua individu telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 2.50 petang tadi.

Menara Kawalan Subang kemudiannya menerima panggilan ‘mayday’ pada pukul 2.58 petang. -KOSMO!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI