fbpx

Dua asteroid ‘pemusnah planet’ hampiri Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan sebuah asteroid bersaiz gergasi akan melintasi Bumi pada minggu ini. - Getty Images

LONDON – Dua asteroid yang disifatkan sebagai ‘pemusnah planet’ dan bersaiz jauh lebih besar daripada sebuah gunung dilaporkan semakin menghampiri Bumi, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Asteroid UL21 2021 yang berukuran lebar 2,310 meter itu dikatakan 99 peratus lebih besar daripada semua objek berdekatan Bumi, termasuk gunung di seluruh Britain. 

Ia dijangka melintasi Bumi hari ini, diikuti sebuah asteroid lain yang dikesan beberapa minggu lalu. 

UL21 diramal tidak akan berada pada jarak terlalu hampir dengan Bumi tetapi akan menjadi lebih dekat dengan planet ini berbanding sebelumnya. 

Pada masa sama, asteroid MK 2024 yang ditemui pada 16 Jun lalu dilaporkan berada dalam jarak yang dekat iaitu 290003.79 kilometer, sekitar 75 peratus dari jarak ke Bulan. 

Meskipun komet tersebut berada pada jarak paling dekat, penemuan baharu ini jauh lebih kecil kerana memiliki lebar sekitar 120 dan 260 meter. 

Namun, ia masih boleh membawa banyak kerosakan jika terhempas.

“Minggu ini, dua asteroid akan melintasi Bumi. Asteroid kecil ini adalah kejadian yang sangat biasa, dengan laluan dekat berpuluh-puluh kali dalam sebulan.

“Walau bagaimanapun, kedua-dua asteroid ini agak lebih besar daripada yang biasa kita jangkakan,” kata ahli astronomi di Balai Cerap Diraja Greenwich, Greg Brown.

Ahli astronomi sedang memerhati langit malam untuk asteroid yang berpotensi berbahaya. NASA juga akan melancarkan misi juru ukur Objek Dekat Bumi, sebuah teleskop inframerah yang direka untuk mencari batu angkasa yang berbahaya pada 2028. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI