fbpx

Denda pencemar Sungai Kim Kim naik RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yoke Liang (kiri) hadir bersama peguam pada prosiding di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru di sini hari ini. Foto BAAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan hukuman terhadap responden bagi kes pencemaran udara di Pasir Gudang dinaikkan kepada RM80,000 bagi setiap pertuduhan.

Sehubungan itu, Syarikat P Tech Resources Sdn. Bhd. yang dihadapkan dengan lapan pertuduhan pilihan berbentuk kesalahan pentadbiran perlu membayar denda keseluruhan RM640,000.

Antara kesalahan yang dilakukan syarikat ialah gagal melengkapkan premis dengan kelengkapan bagi menjalankan pemantauan prestasi sistem kawalan pencemaran udara, menjalankan pemantauan berkala serta gagal memastikan sistem kawalan pencemaran udara diselia pihak berwibawa.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam penghakimannya berkata, mahkamah membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan dan meningkatkan hukuman denda ke atas responden berkenaan selepas meneliti semua rekod rayuan dan mempehalusi hujahan lisan dan bertulis pihak pendakwaan dan pembelaan.

Beliau berkata, beliau menaikkan jumlah denda itu setelah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen dalam alasan penghakimannya gagal menghayati tujuan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 yang digubal oleh Parlimen.

“Hakim Mahkamah Sesyen itu menumpukan mindanya kepada lapan kesalahan pentadbiran yang dilakukan oleh Responden. Jika Jabatan Alam Sekitar tidak melakukan pemeriksaan keatas premis kilang Responden, kesalahan ini akan berlaku secara berterusan dan ia akan mendatangkan pencemaran udara yang teruk kepada penduduk sekeliling.

“Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan mencakupi kualiti hidup yang sihat. Sehubungan itu, pencemaran udara sebahagian perkara yang boleh menganggu kualiti kehidupan manusia sejagat,” katanya.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Sesyen, di sini memutuskan syarikat itu hanya didenda RM40,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan keseluruhan denda berjumlah RM320,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI