fbpx

China benarkan eksport durian segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joseph Kurup (tengah) diberikan taklimat mengenai aktiviti perusahaan cendawan sempena sesi libat urus bersama peladang, penternak dan nelayan di Peladang Outlet PPK Benut di Pontian, hari ini.

PONTIAN – Buah durian segar telah dibenarkan memasuki negara China bermula tahun ini, yang merupakan satu sejarah baru berbanding hanya durian sejuk beku yang dibenarkan dieksport ke negara tersebut sebelum ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kelulusan tersebut merupakan hasil lawatan Perdana Menteri China, Ling Qiang ke Malaysia baru-baru ini.

Katanya, kebenaran untuk mengeksport buah durian segar antara 19 perjanjian persefahaman yang ditandatangani diantara kedua-dua negara semasa lawatan Ling Qiang pada 18 hingga 20 Jun lalu.

Menurut Arthur Joseph, eksport pertama buah durian segar dijangka pada bulan September atau Oktober tahun ini setelah beberapa berkaitan diperincikan termasuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh negara China.

“Tentunya setiap negara termasuk China mempunyai garis panduan berkaitan pengeksportan makanan terutama soal keselamatan dan kebersihan sebelum dibenarkan dibawa masuk

“Langkah itu akan membuka peluang kepada pengusaha atau pekebun durian di negara ini untuk memasarkan buah-buah mereka ke negara China nanti,” katanya selepas menghadiri sesi libat urus bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Johor do Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut, disini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI