fbpx

Childfree umpama kufur rezeki Allah – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar ketika menyampaikan ceramah di sebuah masjid baru-baru ini.

PETALING JAYA – Trend perkahwinan tanpa mempunyai anak atau ‘childfree’ yang menjadi ikutan sebahagian pasangan suami isteri ketika ini adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Ini kerana kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, trend tersebut sering diamalkan orang bukan Islam, malah ia juga bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

Jelasnya, Nabi Muhammad juga menuntut supaya mempunyai ramai anak agar umatnya pada hari Kiamat nanti paling ramai.

“Nikah tapi tak nak anak, ini bukan seruan Islam, tapi seruan orang di luar agama Islam. Orang beriman akan ikut Nabi (Muhammad).

“Nabi juga bersabda bahawa ‘kahwinlah kamu dengan wanita supaya ramai anak kerana aku bangga menjadi Nabi yang ramai umat pada hari Kiamat,”jelas Azhar pada satu sesi kuliahnya di sebuah masjid baru-baru ini.

Menjelaskan lagi perkara itu, Azhar berkata, anak yang dilahirkan itu juga akan menyambung nasab keturunan pasangan tersebut.

Malah katanya, keturunan yang ditinggalkan itu juga akan mendoakan untuk kita apabila meninggal kelak.

“Jadi seruan Nabi ini adalah beranak, kerana Nabi nak jadi Nabi yang paling ramai umat lebih daripada umat Nabi Ibrahim dan Nabi Musa,”katanya.

Tambah Azhar, trend orang bukan Islam sekarang nak kurangkan anak atau tidak mahu beranak langsung (childfree).

“Tak beranak tiada masalah, akhirnya akan menjadi kufur kerana tidak yakin kepada Allah yang memberi rezeki.

“Jadi kita orang yang beriman ini pilihkan jalan orang yang beriman, orang kafir pilih jalan orang kafir.

“Kita kena tegas hal ini kerana Nabi pernah bersabda bahawa semua umatnya akan masuk syurga kecuali umatnya yang tidak mahu mendengar ajarannya,”kata Azhar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI