fbpx

Buruh lemas, terjun sungai terkejut nampak polis buat rondaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang dijumpai lemas di Sungai Padang Melintang, Kampung Beris Kubur Besar dekat Bachok semalam. BOMBA

BACHOK – Tindakan seorang buruh yang terjun ke dalam Sungai Padang Melintang, Kampung Beris Kubur Besar di sini selepas terkejut melihat anggota polis sedang membuat rondaan membawa malang apabila dia ditemui lemas di dalam sungai itu semalam.

Mayat, Huzaimi Mat Isa, 47, dijumpai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira pukul 6.12 petang ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di sungai berkenaaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Lokman Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.11 petang sebelum anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasar keterangan saksi, mangsa dikatakan bersama seorang lagi rakannya sedang duduk di tepi sungai itu.

“Lelaki itu terus bertindak terjun ke sungai manakala rakannya sempat melarikan diri sebaik sahaja mereka menyedari kehadiran pihak polis yang sedang membuat rondaan.

“Anggota PPDA yang tiba di lokasi kejadian melakukan selaman di dalam sungai itu sebelum menjumpai mangsa beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Lokman memberitahu, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir di lokasi kejadian sebaik sahaja lelaki itu dijumpai.

Katanya, mayat mangsa yang berasal dari Pasir Puteh dekat sini kemudiannya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI