fbpx

Beli jersi, tiket perlawanan tanda sokongan kepada Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peminat Gergasi Merah digesa untuk membeli produk keluaran Selangor FC musim ini. Foto ihsan Selangor FC

SHAH ALAM – Rakyat Selangor khususnya diseru membeli barangan seperti jersi asli dan cenderhati pasukan The Red Giant sebagai tekad solidariti bersama Selangor FC.

Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Mohd. Imran Tamrin berkata, sokongan juga boleh dilakukan dengan melakukan pembelian tiket perlawanan membabitkan Selangor FC.

“Sebagai tanda sokongan ayuh bersama Selangor FC dan turun padang sebagai tanda hadir bagi menyaksikan pelawanan Selangor FC di stadium.

“Malah memberikan sokongan yang berterusan di media sosial dengan tanda pagar #MKLK – Merah Kuning Lambang Kebanggaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu MBS menyifatkan keputusan Malaysian Football League (MFL) yang mengenakan denda terhadap Selangor FC sebagai tidak adil.

Tegas beliau, tindakan MFL tersebut memberi risiko lebih besar kepada masa depan industri bola sepak negara termasuk mencemarkan imej sukan itu.

“MBS berpandangan bahawa hukuman yang dikenakan adalah tidak adil.

“Semangat kesukanan yang seharusnya dikedepankan oleh semua pihak nampaknya telah pudar, dan pada masa yang sama, perkara ini merosakkan imej sukan bola sepak tempatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Exco Sukan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC dengan sumbangan serendah RM1 bermula pada semalam sehingga 2 Julai depan.

“Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada semua rakyat Malaysia dan para peminat sukan bola sepak merentasi batas kenegerian untuk menzahirkan dukungan kepada Selangor FC dengan sumbangan kecil RM1 kepada Tabung Solidariti Bersama Selangor FC

“Hasil dari sumbangan ini kemudiannya akan diserahkan kepada pihak Selangor FC bagi membantu mereka memperjuangkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi terhadap hukuman melampau yang telah dijatuhkan oleh MFL,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan keputusan terbaharu Malaysian Football League (MFL) serta ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kes ketidakhadiran Selangor FC ke perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI