fbpx

Allah SWT makbul hajat suami meninggal dunia di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini menunjukkan gambar arwah suaminya yang meninggal dunia di Mekah pada program Ziarah Waris Jemaah Haji ke rumahnya di Kampung Keseng, Kuala Besar dekat Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Isteri kepada pesara guru tidak menyangka Allah SWT memakbulkan hajat suaminya untuk meninggal dunia semasa menunaikan haji di Mekah kelmarin selepas menderita penyakit kanser organ dalaman.

Abd. Wahab Ramli, 60, dan isteri, Noraini Mat Sari, 59, sepatutnya pulang bersama-sama ke tanah air semalam, namun arwah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Mekah kira-kira pukul 4.48 pagi.

Noraini berkata, arwah suaminya yang menghidap kanser sejak empat bulan lalu kerap memaklumkan hajatnya untuk meninggal dunia di Mekah kepada keluarga dan rakan-rakannya.

Menurutnya, dia mengakui agak terkejut selepas menerima berita suaminya meninggal dunia daripada pihak TH semasa sedang bersiap-siap untuk membuat tawaf wada.

“Sepatutnya kami bersama-sama pulang ke tanah air semalam, tetapi arwah meninggal dunia selepas 48 hari mengerjakan ibadah haji.

“Saya reda dengan ketentuan Allah SWT. Kesihatan arwah suami sebenarnya sudah merosot sepanjang berada di sana,” katanya ketika ditemui pemberita semasa kunjungan Pemangku Pengarah Lembaga TH Kelantan, Mohamad Rosli Mustapai sempena Ziarah Waris Jemaah Haji ke rumahnya di Kampung Keseng, Kuala Besar, di sini hari ini.

Noraini memberitahu, dia tidak menyangka Allah SWT memakbulkan hajat suaminya itu untuk meninggal dunia di Mekah.

Sementara itu, Mohamad Rosli berkata, sebanyak dua kes kematian dicatat melibatkan jemaah dari Kelantan di Mekah semasa menunaikan haji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI