fbpx

Alat mainan seks ‘lelaki gersang’ dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela (kiri) menunjukkan alat mainan seks dirampas pihaknya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara. Foto AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KLANG – Penjualan alat permainan seks dipercayai untuk ‘lelaki gersang’ termasuk di kelab malam terbongkar menerusi rampasan 200 unit barangan tersebut di sebuah gudang di Shah Alam dekat sini.

Rampasan ‘seks toys’ bernilai RM9,230 dilakukan pada 4 Jun lalu adalah selaras dengan larangan mutlak terhadap pengimportannya.

Difahamkan alat mainan tersebut diperbuat dari sebuah negara masing-masing di Asia Tenggara dan Asia Timur.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, berdasarkan siasatan awal alatan itu dijual kepada pelanggan tetap termasuk di kelab malam sekitar Lembah Klang.

“Alat ‘Sex Toys’ disimpan di dalam gudang persendirian dan alatan berkenaan adalah barang larangan yang pengimportannya dilarang secara mutlak.

“Siasatan masih diteruskan termasuk nilai bagi satu-satu alat mainan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda sehingga 20 kali ganda atau RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Norlela turut menjelaskan, pihaknya turut menyekat penyeludupan 2,816 jubin dengan anggaran termasuk cukai sebanyak RM40,100.

Tegas beliau, rampasan itu dilakukan terhadap pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Utara pada 4 Jun lalu.

“Jubin yang tidak mempunyai sijil kelulusan dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) tersebut telah disembunyikan di belakang alat perhiasan lampu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI