fbpx

168 jururawat asing terlatih diluluskan untuk berkhidmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukanisman.

PUTRAJAYA – Setakat ini, seramai 168 jururawat asing terlatih dari luar negara telah diluluskan untuk berkhidmat di negara ini bagi memenuhi keperluan sektor kesihatan swasta.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, jumlah itu bertambah daripada 101 jururawat yang telah diluluskan sekitar Mei lalu.

Beliau berkata, kelulusan itu diberikan selepas melalui beberapa proses permohonan dan saringan ketat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka telah ditawarkan lesen pengalaman kejururawatan dan kini sedang melalui proses perlindungan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Sebaik selesai, mereka akan ditempatkan dan berkhidmat di klinik-klinik kesihatan swasta yang telah memohon untuk mendapatkan khidmat jururawat asing itu,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Persidangan Kejururawatan Malaysia – Singapura ke-27 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI