fbpx

Umur 20 dah kena serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aizai Azan ketika ditemui pemberita pada pelancaran Hari Tanpa Tembakau Sedunia IJN di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR ─ Individu berusia 20 dan 30-an tahun semakin ramai mengalami serangan jantung disebabkan oleh tembakau.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara, Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim berkata, ramai yang menganggap serangan jantung hanya menyerang orang dewasa tetapi trend terkini menunjukkan golongan muda semakin ramai mengalaminya.

“Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022, Tinjauan Kesihatan Remaja 2022 menunjukkan peningkatan perokok daripada golongan itu antara tahun 2012 hingga 2017.

“Terdapat juga trend yang semakin membimbangkan dalam penggunaan e-rokok atau vape.

“Menurut kajian, 42.2 peratus (%) remaja yang menggunakan atau mencuba vape atau rokok elektronik (e-rokok) telah bermula seawal usia 14 tahun,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 di IJN, di sini hari ini.

Tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 adalah Melindungi Kanak-kanak Daripada Pengaruh Industri Tembakau.

Jelasnya, kebanyakannya perokok terdiri daripada remaja lelaki manakala golongan wanita lebih berminat menghisap vape kerana dikatakan dapat menguruskan badan, sebagai penganti rokok dan cara dipasarkan lebih selamat.

“Laporan oleh NHMS 2022 menunjukkan terdapat lonjakan ketara bagi pengguna vape atau e-rokok pada tahun 2017 iaitu daripasa 9.8% kepada 14 9%,” katanya.

Jelas beliau, saiz vape yang kecil dan didatangkan dengan pelbagai perisa termasuk buah-buahan menyebabkan penggunaan e-rokok sukar dibendung.

“Penggunaan serentak rokok dan vape boleh mendapat kesan dua kali ganda,” katanya.

Sehubungan itu, baru-baru ini IJN telah mengadakan program Hari Tanpa Tembakau Sedunia selama seminggu bertujuan memperkasakan belia untuk menentang tarikan produk tembakau dan nikotin termasuk e-rokok.

Inisiatif itu berlangsung dari 10 hingga 14 Jun lalu dan melibatkan lima buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI