fbpx

‘Tuduhan tak bayar nafkah anak fitnah menjijikkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidz menafikan dakwaan bekas isteri Shuhada yang menuduhnya tidak membayar nafkhah buat anak-anak mereka.

PETALING JAYA – Didakwa bermesej lucah ketika masih bergelar suami, pelakon Hafidz Roshdi enggan melayan tuduhan yang dilemparkan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Sebaliknya Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, mengulas tuduhan culas memberi nafkah dua anak dibangkitkan wanita itu yang disifatkan sebagai fitnah.

“Selama ini saya memilih untuk berdiam diri tapi bila perkara ini menganggu kerja saya, saya pilih untuk mempertahankan hak saya demi menjaga nafkah anak-anak saya.

“Kenyataan menyatakan saya culas dan tidak membayar nafkah wajib ke atas anak-anak saya adalah satu fitnah yang menjijikkan dan pelaku harus malu dengan penipuan,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama dalam Instagram, pelakon drama Melastik ke Hatiku itu turut menampilkan bukti berhubung transaksi yang dibuat untuk bayaran nafkah.

“Saya mempunyai keseluruhan bukti transaksi untuk bayaran nafkah anak yang sedia untuk digunakan dalam tindakan susulan.

“Dengan ini saya dengan jelas ingin menyatakan saya sudah, masih membayar nafkah dan akan terus berusaha menambah nafkah wajib anak-anak tanpa culas dan elak dari tertunggak. Terima kasih,” ujarnya.

Ditanya Kosmo! Online mengenai insurans anak-anak pula, katanya dia sebelum ini memang ada membayarnya tetapi tidak dapat meneruskan bayaran pada Mei tahun lalu kerana tidak mampu.

“Sebelum ini memang sepatutnya saya bayar insurans anak-anak tetapi kerana tidak mampu, saya berhenti daripada membayarnya tahun lalu,” katanya.

Menurut Hafidz lagi, dia terpaksa tampil bersuara kerana tidak mahu kerjayanya yang baru hendak bermula kembali terjejas.

Terdahulu, selepas pelakon terbabit bersemuka dengan media pada hujung minggu lalu, Shuhada meluahkan rasa kesal apabila lelaki terbabit dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Bekas isterinya juga meminta Hafidz untuk sedar diri dan tidak hanya berseronok tanpa memikirkan keadaan anak-anak.

Tambah Shuhada, dia menanggung yuran persekolahan anaknya, Humairah sebanyak RM11,000 tahun lepas akibat masalah emosi yang dialami kanak-kanak tersebut.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI