fbpx

Terkejut menang judi RM18 juta, lelaki rebah sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Marina Bay Sands, Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA – Seorang lelaki pengsan akibat terkejut selepas memenangi wang judi berjumlah kira-kira AS$4 juta (RM18.84 juta) di sebuah kasino di Singapura, lapor portal berita MailOnline semalam.

Satu rakaman video menyiarkan imej mangsa yang tidak dinamakan itu rebah ke lantai kasino di Marina Bay Sands berhampiran sebuah meja perjudian, Sabtu lalu.

Orang ramai yang ketakutan menyaksikan kejadian itu ketika beberapa individu bergegas membantu lelaki berkenaan yang terbaring di atas lantai.

Seorang wanita menjerit ketika pegawai perubatan cuba menyelamatkan lelaki itu di tempat kejadian. 

Rakaman video berhubung insiden itu tersebar di media sosial.

Menurut laporan, lelaki tersebut kini dirawat di hospital kerana mengalami serangan jantung dan sedang pulih daripada kejadian itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI