fbpx

Terima kasih JDT ‘pinjamkan’ SSI secara percuma – Malaysian University

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stadium Sultan Ibrahim bakal dijadikan 'home' Malaysian University pada aksi Piala FA, Sabtu ini.

PETALING JAYA – Pengurus skuad Malaysian University, Mohd. Farid Dewan lega apabila kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bersetuju memberi kebenaran untuk pasukan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selaku ‘home’ pada aksi suku akhir pertama Piala FA, Sabtu ini.

Sebagai rekod, kelab Liga A1 Semi-pro itu terpaksa memohon untuk beraksi di SSI kerana tidak memiliki stadium bola sepak serta berdepan kekangan dalam mengelolakan perlawanan tersebut.

Menurut Mohd. Farid, lampu hijau telah diberikan oleh pengurusan Harimau Selatan untuk beraksi di SSI dan keputusan itu memberi kelegaan buat pasukan.

“Kita ada berbincang dengan pihak pengurusan JDT selepas pusingan pertama dan pada mulanya memang kita memohon untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim sebab kita tiada stadium di sini.

“Kita adalah pasukan amatur jadi venue kita kebanyakannya di universiti. Susulan itu, kita memohon serta hantar surat kepada JDT supaya mereka dapat bantu untuk kita bermain di SSI.

“Alhamdulillah, surat yang kita hantar telah dibalas oleh JDT dan mereka berlapang dada untuk bagi kita guna stadium mereka secara percuma.

“Ada juga beberapa benda lain yang JDT sanggup untuk tolong kita termasuklah dari segi tenaga kerja dan juga kos keselamatan. Kalau tanpa mereka, kita di pihak Malaysian University pun susah juga sebenarnya,” katanya.

Malaysian University satu-satunya pasukan amatur daripada Liga A1 Semi Pro yang mara ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan PDRM FC pada pusingan pertama awal bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI