fbpx

Sumbangan Ab Aziz diiktiraf Asia Books of Record dari India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab Aziz (kiri) bersama pakar diabetes dari India, Dr. Biswaroop Roy Chowdhury menunjukkan Anugerah Asia Books of Record di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pengasas sebuah syarikat perunding kesihatan, Neo Medicare, Dr. Ab Aziz Al Safi telah menerima Anugerah Asia Books of Record yang berpangkalan di India sebagai tanda penghargaan terhadap beliau yang banyak memberi sumbangan besar kepada masyarakat.

Pengalaman Ab Aziz selama 26 tahun dalam pelbagai bidang khususnya menjadi doktor, pensyarah dan pakar perubatan integratif itu telah menerima anugerah tersebut dalam satu majlis yang diadakan di sini baru-baru ini.

Beliau teruja dan berbangga kerana menjadi salah seorang anak tempatan yang telah menerima anugerah berkenaan sekali gus akan membantu mengukuhkan jenama syarikatnya yang kini beribu pejabat di Kota Bharu, Kelantan.

Usaha Ab Aziz memperjuangkan separuh daripada kerjayanya untuk mencari alternatif terbaik dan berkualiti bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang menghadapi pe­nyakit ginjal kronik, Chronic Kidney Disease (CKD) kini berbaloi kerana beliau dapat menabur bakti kepada para pe­langgannya.

Sehingga kini, lebih daripada 5,000 pelanggan khususnya berkaitan dalam CKD telah mendapatkan khidmat terbaik daripada syarikat tersebut.

“Seperti yang kita tahu, CKD hanya boleh dirawat melalui kaedah dialisis dan pemindahan buah pinggang sebagai alternatif untuk penyembuhan.

“Sehubungan itu, bersandarkan ilmu pengetahuan, pengalaman, kajian dan pembangunan selama ini, kami telah memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu Neo Renal Method.

“Kaedah ini mengutamakan tumpuan kepada aspek pemakanan yang mana pelanggan mengikuti jadual pemakanan yang boleh dimakan dan juga makanan yang perlu dielak, selain itu, kami turut memper­kenalkan kaedah hydrotherapy,” katanya.

Selain itu, Ab Aziz berkata, bagi meningkatkan keseda­ran masyarakat tentang CKD, pihaknya telah menerbitkan tiga buah buku untuk dijadikan rujukan iaitu Sembilan Langkah Mudah untuk mengatasi CKD, Menu makanan untuk penyakit kronik dan Bekam Klinikal.

“Buku-buku yang diterbitkan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada pembaca sehingga kini dan ia telah melalui enam kali cetakan,” jelasnya yang telah belajar tentang ilmu nutrisi di India selama tiga tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI