fbpx

Shila Amzah sahkan anak sulungnya autisme tahap 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA mengesahkan anaknya, Seth mengalami autisme tahap 1.

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah berlapang dada apabila putera sulungnya, Seth Uwais, 5, disahkan autisme tahap satu.

Menurut Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, perkara itu sudah dijangkanya dan suami tercinta Ubai MZ.

“Saya bersama suami dan Seth baru sahaja pulang dari hospital. Saya ingin kongsikan bahawa Seth telah disahkan autisme tahap 1. Alhamdulillah saya dapat berasakan sama ada autisme atau ADHD (Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan).

“Sekarang dia berada pada tahap 1 dan sedang menjalani rawatan terapi. Jadi doktor sarankan agar sesi rawatan terapi itu dapat diteruskan dan berusaha mencari sekolah yang menerima pelajar autisme,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Selamanya Cinta itu turut memohon agar masyarakat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, agar dapat menjaga Seth dengan baik.

“Apabila dimaklumkan mengenai perkara ini, sudah pastinya sebagai ibu bapa saya inginkan yang terbaik dalam mendidik anak-anak.

“Setelah mengetahuinya secara rasmi, jadi kami sudah mengetahui langkah yang boleh diambil dalam mendidik dan membesarkan Seth.

“Saya mengharapkan agar kalian dapat mendoakan saya dan suami agar kami dapat menjaga dan mendidik dia (Seth) dengan baik selain Seth juga boleh membesar dan belajar dengan baik,” katanya.

Terdahulu Shila pernah berkongsikan keadaan anaknya mengalami kelewatan bertutur (speech delay) dan masalah deria (sensory issues) sehingga perkembangannya lambat setahun berbanding kanak-kanak seusianya.

Untuk info, Seth merupakan anak pertama Shila menerusi perkahwinan pertamanya dengan Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022. Mereka kemudian berpisah empat tahun kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI