fbpx

Selangor FC perlu kemuka rayuan – MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selangor FC turut dihukum beraksi tanpa kehadiran penonton pada aksi Liga Super bertemu JDT di Stadium MBPJ nanti. - Foto ihsan Selangor FC

PUTRAJAYA – Pasukan Selangor FC masih perlu mengemuka rayuan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum mencari saluran alternatif susulan hukuman berat yang diterima selepas ‘menarik diri’ pada aksi Piala Sumbangsih musim ni.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, pengurusan Gergasi Merah diberikan tempoh sehingga penghujung minggu ini sekiranya mahu menghantar sebarang rayuan.

Menurut Stuart, Selangor turut dibenarkan untuk membawa ‘kes’ tersebut ke luar selepas mendapat keputusan rayuan nanti.

“Selangor diberikan masa tiga ke empat hari bermula tarikh hukuman untuk menghantar rayuan. Selepas itu proses tersebut akan dinilai semula oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Ini adalah langkah biasa yang perlu diikuti oleh mana-mana pasukan yang dijatuhkan hukuman dan selepas mendapat keputusan rayuan, mereka boleh bawa (kes) ke luar (jika masih tidak berpuas hati),” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah NTC di Putrajaya hari ini.

Stuart (tengah) ditemui ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah NTC di Putrajaya hari ini. – Foto ihsan FAM

MFL dalam satu kenyataan semalam mengesahkan Selangor dikenakan empat hukuman termasuk denda RM100,000 sebagai bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) selain pemotongan tiga mata dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Selain itu, perlawanan Liga Super membabitkan Selangor menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya turut dimainkan tanpa penonton. 

Namun, Selangor dalam satu kenyataan membalas pihak mereka akan membuat rayuan dengan meneliti segala saluran yang sesuai.

Difahamkan, antara saluran alternatif yang boleh digunakan Selangor adalah mengheret kes ke Mahkamah Sivil dan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI