fbpx

Selangor lancar kumpul dana bayar denda MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDIN

SHAH ALAM – Kerajaan negeri bersetuju melancarkan usaha bersama yang memberikan peluang kepada semua pihak termasuk para peminat Selangor FC bagi mengumpul dana untuk membayar denda RM100,000 yang dikenakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari berkata, ini selepas beliau berbincang dengan Exco Sukan Selangor, Mohd. Najwan Halimi selepas mengambil iktibar dan pedoman titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Maklumat lanjut usaha ini akan dikongsikan dalam masa terdekat oleh Majlis Sukan Negeri Selangor dan Exco Sukan Negeri.

“Bagi menggerakkan usaha solidariti ini, saya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan turut menyumbang kepada usaha mengumpul dana dan membayar denda pada minggu hadapan sebagai komitmen untuk menegakkan keadilan
bagi Selangor FC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin memberitahu, beliau mewakili kerajaan negeri menjunjung kasih titah Sultan Sharafuddin yang murka atas keputusan yang dibuat oleh MFL kepada Selangor FC.

Tegas beliau, titah murka Sultan Selangor tersebut turut menggambarkan kemarahan serta kekecewaan peminat bola sepak terhadap keputusan MFL yang seolah-olah hilang sifat kemanusiaan, bertimbang rasa, serta melampaui batas.

“Keganasan jenayah yang berlaku terhadap tonggak bola sepak negeri Saudara Faisal Halim merupakan satu titik hitam dalam sejarah bola sepak tanahair.

“Sebagai badan mentadbir liga bola sepak, MFL sewajarnya memainkan peranan mengangkat keadilan, menentang keganasan serta bersifat empati terhadap nasib dan keselamatan pemain bola sepak negara yang diperlakukan dengan
kejam oleh pihak tidak berhati perut yang bertindak sebagai pengecut” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, titah Sultan Sharafurdin dizahirkan setelah tindakan MFL yang bukan sahaja mengenakan denda RM100,000 kepada pasukan Selangor FC, tetapi menambah hukuman dengan memaksa perlawanan di Selangor dimainkan tanpa penonton.

“Tambahan itu, MFL bertindak menambah beban Selangor FC dengan mengenakan denda pemotongan tiga mata pada masa pasukan JDT sudah menerima kemenangan percuma dalam Piala Sumbangsih.

“Tindakan yang tidak pernah berlaku ataupun ‘unprecedented’ ini yang mengundang rasa kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan para penyokong seharusnya menjadi isyarat kepada MFL bahawa keputusan mereka dibuat tanpa sebarang rasa tanggungjawab ,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI