fbpx

Selangor, Kuala Lumpur hujan lebat, ribut petir hingga awal malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk tersebut dijangka tertumpu di Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Ribut petir turut dijangka di Perak dan Johor melibatkan Kerian, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar serta Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Amaran sama turut dikeluarkan tertumpu di Kelantan iaitu di daerah Jeli dan Tanah Merah, diikuti Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu serta Tanah Tinggi Cameron dan Raub di Pahang,” ujarnya.

Seterusnya, ribut petir berserta hujan lebat turut diramalkan di Sarawak melibatkan, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang) serta di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Sabah sehingga 7 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI