fbpx

‘Selamat tinggal Body Combat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANDY PANGALILA

BERTAHUN-TAHUN fokus terhadap sukan lasak seni mempertahankan diri, Body Combat, akhirnya pelakon Randy Pangalila memilih bersara daripada sukan tersebut.

Perkara berkenaan dikongsikannya selepas Pertandingan Byon Combat 3 yang menyaksikan aktor berusia 33 tahun itu merangkul gelaran juara International Sport Kickboxing Association (ISKA).

Randy yang berjaya menewaskan Jekson Karmela atau Kkajhe mengakui itu adalah perlawanan impian sebelum bersara daripada arena kegemarannya.

“Sekarang anda faham kenapa saya katakan ini pertarungan idaman kerana saya mahu akhiri dengan kejuaraan ISKA,” katanya selepas perlawanan di Tennis Indoor Senayan, Jakarta Pusat, Sabtu lalu.

Pelakon Qodrat itu juga berharap tidak dikenali sebagai artis, malah sebagai juara ISKA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI