fbpx

Saintis beri amaran penularan strain baharu mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seorang pesakit menerima suntikan vaksin cacar monyet di Montpellier, Perancis. - Foto AFP

KINSHASA – Saintis-saintis yang menjejaki penyebaran sejenis strain virus cacar monyet (mpox) yang berbahaya, menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersedia menghadapi penularannya, lapor saluran berita Sky News semalam.

Penyelidik-penyelidik di Republik Demokratik Congo (DRC) memberi amaran bahawa strain itu boleh merebak di seluruh dunia dengan gejala yang berpotensi lebih teruk serta membawa banyak kematian.

Dikenali sebagai Clade 1b, ia pertama kali muncul pada September tahun lalu dalam kalangan pekerja seks di bandar perlombongan Kamituga, sekitar 273 kilometer dari sempadan negara itu dengan Rwanda.

Kini, terdapat kira-kira 1,000 kes yang disahkan di wilayah Kivu Selatan DRC.

Pada Isnin lalu, kes pertama disahkan di bandar Goma yang juga berdekatan dengan sempadan Rwanda.

Anggaran awal mencadangkan bahawa ia mempunyai kadar kematian lima peratus untuk golongan dewasa dan 10 peratus bagi kanak-kanak.

“Tidak dinafikan bahawa ia adalah yang paling berbahaya setakat ini daripada semua jenis cacar monyet yang diketahui,” kata pensyarah dari Universiti Rwanda, Jean Claude Udahemuka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI