fbpx

Ramlan dilantik Pengerusi SPR baharu berkuat kuasa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramlan Harun

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ramlan sebagai Pengerusi SPR.

“Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 26 Jun 2024,” katanya ringkas dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ramlan berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau juga memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pelantikan Ramlan sebagai Pengerusi SPR yang baharu adalah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu selepas empat tahun mengetuai badan suruhanjaya berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI