fbpx

Ramai sokong titah Sultan Selangor, MFL terlalu ego dan kejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai sokong titah Sultan Sharafuddin yang murka terhadap keputusan MFL dan ahli-ahli FAM terutamanya Hamidin selaku Presiden.

PETALING JAYA – Suhu media sosial malam ini terus panas selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan bahawa baginda amat murka dengan Malaysian Football League (MFL) serta ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, orang ramai berang dan marah dengan tindakan pihak terbabit yang disifatkan tiada hati perut.

“Jarang Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan kecuali jika terlalu marah. Daulat Tuanku,” kata Azman Alang Ahmad.

“Daulat Tuanku, patik menyokong penuh kenyataan Tuanku,” sokong seorang pengguna.

Lebih ‘panas’, majoriti daripada mereka turut menggesa supaya gelaran yang dikurniakan kepada Hamidin ditarik dan dihalau keluar dari Selangor.

Malah ada yang menyifatkan, Liga Malaysia tiada serinya jika tiada penyertaan daripada Selangor FC.

“Tarik balik je pingat Midin (Hamidin) tu,” gesa Mohd Dzaqreen Izwan.

“Tarik balik gelaran tu, Tuanku. Biar dia rasa sikit. Biar dia ingat asal usul dia,” ujar Mohd Hilmi Mohd Noor.

“Tak ada Selangor hilang seri Liga Malaysia. Tulus ikhlas dari penyokong Kedah,” luah Muqrizpauzi.

“Padan muka @mfl_my. Terlalu ego, kejam dan tak ada hati perut. Bila Sultan dah murka baru ada akal,” selar Aidapkp.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Sultan Sharafuddin dilaporkan murka dengan keputusan terbaharu MFL serta ahli-ahli FAM khususnya Hamidin.

Selangor FC diberikan empat bentuk hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000 oleh MFL susulan ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih, baru-baru ini.

Titah Sultan Sharafuddin, keputusan tersebut dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI