fbpx

Pilihan Raya Presiden Iran Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Mohammad Bagher Ghalibaf (kiri atas), Alireza Zakani (dua dari kiri atas), Mostafa Pourmohammadi (kanan, atas), Masoud Pezeshkian (kanan bawah), Saeed Jalili (tengah bawah) dan Amirhossein Ghazizadeh-Hashemi. - AFP

TEHRAN – Rakyat Iran akan keluar mengundi Jumaat ini untuk memilih Presiden baharu daripada enam calon, termasuk seorang reformis tunggal yang berharap beliau boleh mencabar dominasi konservatif di Republik Islam itu.

Tarikh pilihan raya presiden itu sepatutnya pada 2025, tetapi diadakan lebih awal selepas pemegang jawatan tersebut, Ebrahim Raisi meninggal dunia dalam nahas helikopter pada bulan lalu.

Ia diadakan ketika Tehran bergelut dengan kesan ekonomi akibat sekatan antarabangsa di tengah-tengah ketegangan serantau yang memuncak berhubung perang di Gaza.

Pengundian juga diadakan hanya lima bulan sebelum pilihan raya presiden di Amerika Syarikat yang merupakan musuh Iran, tetapi sekutu setia Israel.

Calon utama untuk jawatan itu ialah Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf; bekas perunding nuklear, Saeed Jalili dan satu-satunya reformis, Massoud Pezeshkian.

Calon lain ialah Datuk Bandar Tehran, Alireza Zakani, ulama Mostafa Pourmohammadi dan penyandang jawatan Naib Presiden, Amirhossein Ghazizadeh-Hashemi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI