fbpx

Piala ASEAN: Skuad B-16 negara akur kekuatan Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-16 negara gagal memberi saingan diharapkan selepas tewas kepada Australia sebentar tadi.

PETALING JAYA – Harapan skuad Bawah 16 (B-16) negara untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Piala ASEAN B-16 2024 lebih awal tidak kesampaian selepas tewas 0-2 kepada Australia sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Sriwedari, Surakarta itu, skuad remaja negara kendalian Javier Jorda Ribera dilihat tampil yakin untuk meneruskan momentum susulan kemenangan 5-0 yang diraih ke atas Timor Leste, Ahad lepas.

Namun, situasi sebaliknya yang berlaku apabila pasukan Australia Berjaya menguasai sebahagian besar perlawanan sebelum meraih gol pendahuluan menerusi ledakan Amlani Tatu pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad muda Harimau Malaya berusaha untuk bangkit dengan melakukan beberapa percubaan ke gawang pasukan remaja Socceroos.

Namun, harapan untuk mencuri satu mata tidak kesampaian selepas kelekaan pada penghujung saingan menyaksikan Australia berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Rhys Williams.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan nasib pasukan negara akan ditentukan pada aksi terakhir Kumpulan C apabila dijadual bertemu Thailand pada Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN