fbpx

Penganggur didakwa cabul dua anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan mencabul anak saudaranya di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mencabul dua anak saudara perempuannya di dua lokasi berbeza dalam daerah ini kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 50 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap wanita yang berusia 22 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa di sebuah rumah di sini kira-kira pukul 4.30 petang pada 16 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh melakukan perbuatan sama terhadap wanita yang berusia 20 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa di sebuah rumah lain di sini kira-kira pukul 3 pagi pada 18 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd. Amin.

Terdahulu, Syazalia mencadangkan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Ariyani dalam rayuannya memohon ikat jamin tersebut dikurangkan kerana tertuduh ketika ini tidak bekerja.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 7 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Tertuduh tidak membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI