fbpx

Penceramah mengaku faham bahasa semut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu sedang memberikan ceramah di Indonesia pada 21 Jun lalu. - Instagram @wunainfo1 

JAKARTA – Tindakan seorang penceramah di Indonesia yang mengaku dirinya boleh bercakap bahasa semut dan jin mengundang perhatian orang ramai, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @fanatismemematikanlogika, lelaki itu mengaku dirinya adalah pesuruh nabi dan tidak terasa hati apabila sering dihina orang ramai. 

Pada masa sama, penceramah itu turut menyatakan bahawa dia fasih dan memahami bahasa jin dan malaikat. 

Dia kemudian mengucap satu kalimat menggunakan bahasa yang tidak difahami.

Rakaman itu menjadi tular di laman sosial, manakala ceramah daripada lelaki yang dikenali sebagai Mama Ghufron itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Macam mana dia boleh ada pengikut? Intonasi semut menggunakan bahasa arab seolah-olah dalam filem kartun,” kata seorang pengguna media sosial.

“Ini bukan bahasa semut tapi nada semut,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI