fbpx

Pelakon Singapura Shah Iskandar dapat status PR tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas 10 tahun menanti, hasrat Shah Iskandar mendapatkan taraf Pemastautin Tetap (PR) Malaysia bakal menjadi kenyataan tahun depan.

PETALING JAYA – Penantian sedekad pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar untuk mendapatkan taraf Pemastautin Tetap (PR) Malaysia bakal menjadi kenyataan tahun depan.

Menurut Shah atau nama penuhnya, Shah Iskandar Mahfuz, 42, permohonan tersebut akan dikemukakan tahun depan selepas sedekad menggunakan pas residen.

“Insya-Allah, tahun depan saya sudah boleh memohon status penduduk tetap. Doa selepas 10 tahun saya menanti.

“Sekarang ini saya menggunakan pas residen untuk keluar masuk Malaysia bagi tempoh tertentu seperti lima tahun dan 10 tahun,” katanya kepada HibGlam di sini, baru-baru ini.

Ujar bintang drama rantaian Wanita Syurga itu, dia optimis bahawa permohonan tersebut akan diluluskan.

“Peluang untuk dapat taraf PR agak cerah, ditambah pula saya sudah berada di Malaysia selama 15 tahun.

“Selepas 10 tahun, tanpa menggunakan sebarang orang dalam atau ‘kabel’, saya boleh mohon taraf PR mengikut prosedur yang sah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, dia bakal muncul menerusi drama Polis Peronda yang bakal akan bersiaran di TV3 pada 28 Jun depan.

Selain Shah, drama terbitan Skop Production itu turut dibintangi Puteri Sarah Liyana, Ali Redza, Ramona Zamzam dan Raja Afiq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI