fbpx

Pelajar disiasat tampar rakan dengan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli pelajar lain di sebuah sekolah dekat Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan berhubung kes seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dibuli oleh dua pelajar senior di sebuah sekolah menengah di daerah Kerian.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa bagi mengambil tindakan lanjut.

“Kita juga ambil pendekatan untuk mengekang kejadian buli di sekolah, jadi saya ambil kesempatan ini untuk memperingatkan khususnya ibu bapa para guru komuniti selain menambah baik segala garis panduan berkaitan mengekang kejadian buli khususnya di institusi pendidikan di bawah KPM,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung isu terbabit selepas melawat pusat media sempena Pilhan Raya Kecil ( PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Kompleks Rakan Muda di Jawi, Nibong Tebal di sini, semalam.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 21 saat yang memaparkan seorang pelajar perempuan ditampar dua pelajar lain dalam tandas sekolah dipercayai berpunca daripada sikap cemburu suspek kepada mangsa yang dikatakan rapat dengan teman lelakinya masing-masing berusia 15 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI