fbpx

Elemen Daesh masih ada – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika sidang akhar di Sambutan Peringatan Hari AntiDadah Dan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2024 hari ini. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pasukan keselamatan negara khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap sedia dalam menangani elemen keganasan dan ekstremis seperti ideologi Daesh yang menjadi ancaman negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan pasukan mengesan ideologi berkenaan membuktikan PDRM sentiasa bersiap siaga menangani serta mematahkan ideologi kumpulan itu.

“Saya cuma sebut bahawa elemen Daesh masih ada, hakikatnya bahawa polis berjaya mematahkan, mengenal pasti kemudian menangkap.

“Ini menunjukkan pihak berkuasa iaitu polis bersiap siaga sepanjang masa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari AntiDadah Dan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2024 di Sunway Putra Hotel, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan Khairul Anwar Bachok.

Semalam Kosmo! melaporkan kumpulan pengganas Daesh dikesan meletakkan ideologi menjadikan pasukan polis sebagai sasaran utama serangan apabila melakukan sesuatu bentuk penentangan.

Daesh berdiri teguh dengan ideologi yang ekstrem demi menuntut pemerintahan berprinsipkan khalifah.

“Wajar difokuskan adalah ideologinya, dalam kefahaman mudah, ia kepercayaan menganggap bahawa di dalam pemerintahan kerajaan itu jika tidak tertegak pemerintahan khalifah mewajarkan mereka membuat penentangan.

“Dalam siri penentangan, mereka itu meletakkan polis sasaran nombor satu untuk mengalahkan kerajaan yang tidak memegang prinsip khalifah. Maka urutan itu dimulai pihak polis, itu ideologinya,” katanya semalam.

Lapan individu termasuk dua wanita dipercayai terlibat militan Daesh dan Islamic State (IS) dalam operasi pada 22 dan 23 Jun lalu.

Mereka ditahan dalam operasi secara serentak di empat negeri iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI