fbpx

NRES istihar ‘perang’ jejak sindiket import sisa haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (kanan) menunjukkan sisa elektronik (e-waste) daripada dua buah kontena yang ditahan di Pelabuhan Barat, Klang hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Perang sindiket import sisa haram bermula

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

KLANG – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengisytiharkan perang dalam mengekang sindiket pengimportan sisa haram yang terus menjadi negara ini sebagai ‘tong sampah’.

Ini berikutan dalam tempoh dari 21 Mac 2023 hingga 19 Jun lalu mendapati sebanyak 301 kontena telah ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, hasil pemeriksaan mendapati daripada keseluruhan kontena yang ditahan adalah menunjukkan 106 kontena tersebut mengandungi e-waste dan selebihnya skrap logam.

Katanya, anggaran keuntungan kasar satu kontena ini boleh mencecah RM80,000.

“Kalau 106 bererti lebih RM8 juta keuntungan diperoleh sekiranya mereka (sindiket dan kilang haram) boleh proses sepenuhnya dan kita isytihar perang kepada mereka ini.

“Siasatan turut mendapati ada beberapa negara maju terutamanya yang kita terima maklumat di sana banyak pihak mendakwa memproses secara lestari atau menggunakan semula e-waste.

“Namun, sebaliknya tidak proses di sana dan hantar ke negara-negara membangun. Ini menjadi lebih serius apabila negara China mengetatkan kemasukan barangan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Pelabuhan Barat berhubung isu kemasukan kontena e-waste, hari ini.

Menurutnya, beliau akan membawa laporan operasi dilakukan hari ini dan Jabatan Alam Sekitar serta JKDM ke kabinet untuk melihat dalam aspek meningkatkan penguatkuasaan.

“Saya rasa dari segi dasar dan peraturan telah baik cuma penguat kuasaan dan cabaran yang perlu dilihat kita. Kerjasama harus dilakukan merentasi kementerian dan kita tidak boleh bergerak secara silo.

“Kalau Jabatan Alam Sekitar dan JKDM semata -mata tidak mampu. Ini disebabkan Kastam di pintu masuk dan JAS kawal selia alam sekitar. Namun kebenaran merancang, penguatkuasaan di peringkat local memerlukan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Justeru, kata Nik Nazmi, tindakan lebih progresif juga akan dilakukan terhadap kilang-kilang yang tidak berdaftar dan berselindung di sebalik perniagaan premis besi lusuh.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan penguatkuasaan terhadap pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan bermula pada 7 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI