fbpx

Lima Parlimen di Sarawak catat kepadatan penduduk terendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Statistik Subnasional Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2024 melaporkan sebanyak lima Parlimen di Sarawak mencatatkan kepadatan penduduk yang rendah iaitu kurang daripada 10 penduduk per kilometer persegi.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, lima Parlimen berkenaan ialah di P.216 Hulu Rajang dengan satu penduduk per kilometer persegi, P.220 Baram dengan tiga penduduk per kilometer persegi dan P.214 Selangau dengan enam penduduk per kilometer persegi.

“Selain itu di P.215 Kapit dengan tujuh penduduk per kilometer persegi dan P.203 Lubok Antu dengan lapan penduduk per kilometer persegi. Sebanyak tiga Parlimen di Sarawak turut merekodkan jumlah penduduk kurang daripada 30,000 orang.

“Parlimen tersebut ialah P.210 Kanowit dengan jumlah penduduk seramai 25,300 orang, diikuti oleh P.203 Lubok Antu dan P.207 Igan masing-masing seramai 27,400 orang dan 28,000 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan anggaran penduduk semasa tahun 2023, tiga daripada 222 Parlimen di Selangor mencatatkan jumlah penduduk yang tertinggi iaitu P.102 Bangi dengan jumlah penduduk seramai 708,300 orang, diikuti oleh P.111 Kota Raja dan P.104 Subang masing-masing seramai 538,900 orang dan 492.600 orang.

“P.116 Wangsa Maju di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan Parlimen yang merekodkan kepadatan penduduk tertinggi, iaitu seramai 13,587 orang bagi setiap kilometer persegi, P.100 Pandan di Selangor berada di kedudukan kedua dengan kepadatan 11,713 orang per kilometer persegi, manakala P.050 Jelutong di Pulau Pinang 11,576 orang setiap kilometer persegi.

“Berdasarkan komposisi demografi penduduk Malaysia pada tahun 2023, penumpuan Utama bagi kumpulan etnik bumiputera dapat dilihat di negeri-negeri pantai timur iaitu P.034 Setiu, Bumiputera merekodkan 125,400 orang diikuti P.038 Hulu Terengganu dengan 91,100 orang dan P.030 Jeli dengan 79,000 orang,” katanya.

Selain itu katanya, tiga Parlimen di Selangor mencatatkan jumlah tertinggi penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas (umur tua) iaitu P.092 Sabak Bernam (11,200 orang), P.093 Sungai Besar (11.900 orang), dan P.095 Tanjong Karang (11,200 orang). – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI