fbpx

Kuman ‘makan’ jari lepas siang udang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian PHM di Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mengalami demam dan jarinya bertukar hitam selepas dijangkiti kuman ketika menyiang udang.

Menerusi perkongsian Public Helath Malaysia di Facebook, lelaki tersebut meneruskan aktiviti menyiang itu seperti biasa sebelum demam, jari menjadi hitam dan bengkak.

“Dia kemudian dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan disahkan menghidap kuman Necrotizing Fascitis, iaitu sejenis kuman yang serius.

“Tidak sampai beberapa jam, jarinya tersebut menjadi hitam menunjukkan bakteria telah mula memakan daging yang ada di hujung jari tersebut.

“Pembedahan kecemasan perlu dijalankan dengan segera bagi membuang sel-sel otot yang telah makan daging jari tersebut. Jika tidak, maka kuman akan cepat merebak dan lelaki itu berkemungkinan kehilangan tangan dan keseluruhan lengannya,” jelas PHM

Tambah perkongsian itu, PHM berkata, bakteria yang wujud pada binatang laut dikenali sebagai Vibrio Vulnifikus.

“Bakteria itu juga boleh menjangkiti mereka yang mempunyai lukanya yang terdedah atau apabila sedang menikmati makanan laut yang mentah,” kata PHM. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI