fbpx

KPM berjaya ‘pujuk’ 399 calon tidak hadir SPM 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon SPM melakukan persiapan terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan di SMK Ayer Hitam, Jerlun Januari lalu. Foto SHAHIR NOORDIN/ KOSMO! - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 399 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tidak hadir menduduki peperiksaan itu tahun lalu berjaya ‘dipujuk’ untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kejayaan menarik golongan tersebut menduduki peperiksaan SPM tahun ini hasil usaha Kementerian Pendidikan (KPM), pihak sekolah dan ibu bapa.

“Berdasarkan analisis KPM, antara punca ketidakhadiran seperti calon bekerja, masalah keluarga, kemalangan, sakit dan juga faktor-faktor yang lain,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu ] apakah tindakan KPM bagi mengatasi isu 10,160 daripada 38,3685 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Terdahulu, Kah Woh menjelaskan, seramai 8,676 daripada calon tidak hadir peperiksaan SPM tersebut merupakan calon sekolah KPM, manakala seramai 1,263 lagi adalah calon persendirian.

Kata beliau, seramai 221 calon lain pula termasuk calon sekolah di bawah agensi kerajaan, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan sekolah swasta.

“Seramai 3,858 daripada 8,676 calon sekolah KPM yang tidak hadir kerana berhenti sekolah. Calon SPM kawasan bandar tidak hadir peperiksaan itu seramai 6,399, manakala calon luar bandar 2,277 orang.

“KPM tidak mengira calon tidak hadir SPM berdasarkan kaum kerana KPM melaksanakan pendidikan berprinsip manusiawi iaitu anak Melayu, anak India, anak Cina semua anak kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI