fbpx

KL mahu takluk kolam renang Sukma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERENANG Kuala Lumpur dijangka mampu menguasai acara itu pada Sukma Sarawak bermula Ogos depan.

SKUAD renang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus mengukir kejayaan dengan beberapa pencapaian luar biasa sekali gus menjadi persiapan terbaik untuk mengharungi cabaran pada Sukan Malaysia (Sukma), Ogos depan.

Atlet renang mereka telah mempamerkan prestasi cemerlang dalam beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Malaysian Invitational Age Group 2024 (MIAG 2024) dan Terbuka Malaysia 2024.

Setiausaha skuad akuatik Kuala Lumpur, Mae Chen menyatakan bahawa baru-baru ini Bryan Leong telah berjaya memecahkan dua rekod kebangsaan dalam acara 50 meter (m) gaya bebas dan 50m gaya kupu-kupu semasa Kejohanan Antarabangsa London.

Chong Xin Lin juga memecahkan rekod dalam acara 50m kuak lentang pada Kejohanan Renang Singapura 2024.

“Kami menyasarkan untuk mencapai sebanyak mungkin rekod peribadi (PB) daripada para perenang kerana Sukma adalah pertandingan yang sangat kompetitif dengan setiap negeri mempunyai kekuatan tersendiri.

“Persiapan perenang tertumpu kepada program latihan renang dan kekuatan mental mereka. Setiap negeri mempunyai perenang yang hebat dan sesiapa sahaja boleh memberikan kejutan dalam tempoh dua bulan akan datang,” kata Mae Chen.

Pada edisi Sukma 2022, skuad Kuala Lumpur menunjukkan prestasi luar biasa dengan merangkul 11 pingat emas, 11 perak dan 3 gangsa menjadikan mereka juara keseluruhan dalam sukan akuatik.

“Kami berharap Bryan Leong dan Jayden Tan dapat memimpin perenang muda untuk meraih lebih banyak pingat. Kami yakin kedua-dua mereka akan memberikan penampilan terbaik di Sukma kali ini,” ujar Mae Chen.

Dalam masa sama, beliau juga menyatakan skuadnya kini bersiap sedia untuk menghadapi Sukma 2024 di Sarawak nanti dengan harapan untuk terus mengukir kejayaan dan membawa pulang lebih banyak pingat bagi menyamai kejayaan edisi terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI