fbpx

Khairuddin beri keterangan kepada SPRM, dakwaan salah laku Apandi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairuddin ketika hadir memberi keterangan berhubung salahlaku mantan Peguam Negara di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kini berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan salah laku bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Beliau yang juga Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional itu tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 12.10 tengah hari ini.

Setakat ini, Khairuddin masih belum selesai memberi keterangan kepada agensi berkenaan.

Khairuddin yang ditemui di luar bangunan SPRM berkata, beliau juga telah membuat laporan kepada polis dan sudah memberi kenyataan kepada pegawai penyiasat berhubung perkara sama.

Menurutnya, beliau mendakwa Mohamed Apandi menyalahgunakan kuasa untuk menutup skandal 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) menyebabkan kerajaan dan rakyat menanggung hutang RM35 bilion.

“Saya juga sudah membuat laporan kepada polis Ahad lalu serta dirakamkan kenyataan oleh pegawai penyiasat pada hari sama,” katanya.

Katanya, salah laku bekas Peguam Negara itu tidak boleh dipandang ‘remeh’ kerana menyalahgunakan kuasa pada waktu itu untuk bersubahat dan seterusnya cuba menutup skandal 1MDB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI