fbpx

Kes denggi meningkat 5.9 peratus di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Kes demam denggi di Terengganu meningkat kepada 125 kes pada Minggu Epidemiologi ke-25 tahun ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, ia kenaikan 5.9 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Setakat ini, lima wabak demam denggi direkodkan iaitu masing-masing dua di Besut dan Marang manakala satu di Hulu Terengganu.

“Begitupun, kes demam denggi di negeri ini masih dianggap terkawal dan setakat ini tiada lagi kematian direkodkan,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Kasemani memberitahu, sebanyak 1,261 notis kompaun kesalahan pembiakan nyamuk Aedes dikeluarkan di negeri ini sehingga bulan Mei lalu.

Beliau berkata, notis kompaun yang dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 itu bernilai keseluruhan RM198,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI